Monday 21 May 2012

BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



 

  Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

a)    Kedatangan Parameswara
1.     Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2.     Majapahit kuasai  Palembang dan  Temasik.
3.     Raja Palembang & puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang.
4.     Majapahit menyerang Palembang.
5.     Parameswara berundur ke Temasik.
6.     Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi.
7.     Temasik  di bawah naungan Siam.
8.     Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah jadi  naungan Srivijaya.
9.    Parameswara  bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi kembalikan kegemilangan Srivijaya.
11.  Pembunuhan Temagi menyebabkan :
i.  Siam ingin menuntut bela.
ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12.  Parameswara dan Orang Laut  berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.
13.  Dari Muar –  ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14.  Tiba di perkampungan nelayan.
15.  Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,, Orang Laut dan  Orang Asli.
16.  Tempat sesuai kerana berhampiran laut – laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air.
17.  Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18.  Pokok bakau dan api-api menjadi benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula.
19.  Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.
  Asal-usul nama Melaka.
a)    Berasal daripada nama pokok.
1.     Parameswara berehat di bawah pokok Melaka – terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2.     Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3.     Tempat tersebut didirikan kerajaan.
4.  Menamakan nama Melaka sempena nama pokok.
b)    Berasal daripada istilah Arab.
1.     Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah” bermaksud “pertemuan”.
2.     Melaka disebut “Malakat” bermaksud “perhimpunan segala dagang”.
c)     Berasal daripada bahasa Sanskrit.
1.     Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali  “Amalaka”.
2.     Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3.     Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4.     Buah pokok – dikatakan mempunyai kuasa ajaib.
 Kegigihan Parameswara
a)    Sistem pemerintahan yang teratur.
1.     Pembesar bertangungjawab hal ehwal balairung seri.
2.     40 orang bentara – jalankan perintah raja.
3.     Biduanda kecil – bawa alat-alat kebesaran diraja.
4.     Biduanda dikenali sebagai  budak kundang, budak raja, juak-juak,  hamba dan  orang suruhan raja.
b)    Kemudahan pelabuhan.
1.     Kemudahan  di pelabuhan –  baiki kapal,bekalan air.
2.     Sediakan tempat penginapan.
c)     Hubungan diplomatik
1.     Hubungan dengan Siam- elakkan Melaka dari diserang
2.     Hubungan diplomatik dengan Siam -  pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3.     Hubungan dengan China terjalin apabila Laksamana Yin Ching.datang.
4.     Laksamana Cheng Ho melawat Melaka.
5.     Parameswara memohon perlindungan China.
6.    Melaka menjadi negeri naungan China.
7.    Melaka hantar ufti.
8.     Kerajaan China mengurniakan  payung kuning, cap mohor dan  sepersalinan pakaian.
9.     Melaka hantar utusan ke negeri China.
10.  Hubungan Melaka dan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani menyerang Melaka.
11.  Hubungan Melaka-China bangunkan perdagangan.
d)    Bantuan / Peranan orang laut
1.     Jaga keselamatan perairan Melaka.
2.     Mempunyai ciri pahlawan.
3.    Mahir bidang kelautan dan selok-belok Selat Melaka.
4.    Taat dan setia kepada sultan dan kerajaan Melaka.
5.     Bantu bawa barang dagang ke kapal pedagang .
6.     Bekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan.
7.     Menurut Tome Pires & de Barros pusat petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik dan Lingga.
e)     Ikatan konsep daulat.
1.     Parameswara dibantu oleh rakyatnya :
i. Orang Melayu
ii. Orang Laut
iii. Orang Asli.
2.     Orang Asli bekalkan hasil hutan .
3.     Orang Laut bekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
4.     Orang Melayu menjadi ketua-ketua masyarakat.
5.     Orang Melayu dilantik sebagai pembesar seperti hulu balang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
Rumusan
  1. Parameswara  bijak mengatur strategi.
  2. Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara sewajarnya dicontohi.
  3. Keyakinan dan kegigihan Parameswara telah membangunkan Melaka.