Thursday 17 May 2012

BAB 11: SABAH

Latar belakang sejarah Sabah
1.            Gelaran negeri di Bawah Bayu
2.            Nama Sabah berasal daripada perkataan ‘saba’ -sejenis pisang yang dipanggil 
                pisang saba.
3.            Orang Bajau memanggilnya pisang jaba.
4.            Masyarakat pantai barat Sabah menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.

Sabah dengan kesultanan Brunei dan Sulu.
1.            Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja atau organisasi 
                sebuah negeri.
2.            Dibahagikan kepada tiga :
i.              sistem politik kesukuan
ii.             sistem politik kesultanan
iii.            sistem politik ketua bebas.
3.            Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman -didiami  Kadazandusun, Murut  dan Orang Sungei.
4.            Mereka hidup dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh 
                bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai.
5.            Sistem politik diamalkan di pedalaman walaupun Sabah diperintah oleh Kesultanan 
               Brunei dan Sulu.
6.            Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang 
               ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
7.            Abad17, Sabah diikuasai Kesultanan Brunei.
8.            Kesultanan Brunei – ada masalah perebutan kuasa
9.            Sultan Muyiddin serahkan kawasan timur laut Brunei kepada sultan Sulu kerana 
               pertolongannya menewaskan musuh.
10.          Sabah dibahagikan kepada dua kesultanan :
i.              Kesultanan Brunei
ii.             Kesultanan Sulu.
Masyarakat Sabah
1.            Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei,  Murut,  Suluk,  Orang Sungei,  Kedayan dan 
                  Bisaya.
a)            Persisiran pantai.
1.            Orang Melayu-Brunei di kawasan pantai barat Papar,  Kimanis,  Sipitang.
2.            Orang Bajau di pantai barat dan pantai timur spt Kota Belud, Papar, Semporna, 
              Tuaran.
3.            Orang Suluk di pantai timur seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau,  Kudat.
b)            Lembah pantai
1.            Kadazandusun di pantai barat dan pedalaman spt Penampang, Tambunan, Ranau, 
                Papar, Kudat.
c)            Pedalaman
1.            Murut di Tenom, Persiangan,  Keningau dan Rundum.
 Kegiatan sosiobudaya
a)            Pendidikan
1.            Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak melalui keluarga atau masyarakat.
2.            Mempelajari kemahiran – cara memancing,  memanjat, berburu, bertukang,
3.            Pendidikan formal amat terhad
4.            Pendidikan berkaitan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi di 
               surau, pondok dan di rumah guru agama.
b)            Peraturan dan adat resam.
1.            Undang adat  penting dalam kehidupan
2.            Amalan undang adat seperti babas, sogit, dan kepanasan dijalankan oleh ketua adat. 
               Bertujuan eratkan hubungan masyarakat.
3.            Kadazandusun percaya jika tidak mematuhinya maka malapetaka seperti wabak 
               penyakit, bencana alam serta kerosakan tanaman  akan berlaku.
4.            Undang adat dijalankan dalam amalan pertanian, perkahwinan dan kematian.
5.            Dalam adat pertanian – amalan monogit iaitu upacara memuja semangat padi 
                semasa menanam dan menuai padi.
6.            Selepas musim menuai, perayaan penting orang Kadazandusun ialah Pesta Menuai.:
i.              pesta menuai setiap tahun 30 dan 31 Mei
ii.             petani akan datang beramai-ramai.
iii.            menjual hasil tanaman mereka di tempat perayaan atau Tamu Besar.
iv.           tarian Sumazau dipersembahkan
v.            Penari-penari  memakai baju hitam yang bersulamkan benang emas
7.            Dalam adat perkahwinan kaum Bajau :
i.              perkahwinan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang.
ii.             Cahaya bulan yang terang menandakan pengantin akan dimurahkan rezeki.
iii.            Upacara perkahwinan – Rabu dan Ahad.
iv.           Acara maglamilami (beramai-ramai) iaitu menjamu selera & menyaksikan hiburan.
8.            Dalam adat kematian orang Murut :
i.              saudara-mara kaum Murut memukul tiang rumah apabila berlaku kematian.
ii.             Mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan.
iii.            Mayat dikebumikan dalam posisi duduk.
iv.           Mayat dibakar dalam tembikar
v.            Disimpan dalam rumah selama tujuh hari.
c)            Agama dan kepercayaan.
1.            Pada awalnya masyarakat mengamalkan pagan dan  kepercayaan animisme.
2.            Kedatangan agama Islam membawa nilai-Islam  kepada Bajau dan Melayu-Brunei.
3.            Keadaan tersebut menwujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam dan pagan.
4.            Kumpulan etnik tersebut mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang 
               tua di rumah panjang.
5.            Bagi etnik beragama Islam, ketuanya berperanan menguatkuasakan hukum agama 
               Islam.
6.            Orang Tua menguatkuasakan undang adat di kalangan etnik bukan beragama Islam.
Agama dan kepercayaan  Kadazandusun;
1.            Mengamalkan kepercayaan animisme.
2.            Sebilangan kecil memeluk agama Islam.
3.            Tuhan Kinorohingan bersemayam di dunia lain.
4.            Percaya setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu
5.            Apabila tiba masanya roh itu akan pergi lebih jauh lagi sama ada ke syurga atau 
              neraka.
6.            Setiap tahun, mengadakan upacara Magavau selepas menuai padi. Upacara untuk 
               menghormati semangat padi.
7.            Pesta Keamatan – tanda kesyukuran kepada Kinorohingan yang memberi hasil padi
8.            Upacara semasa Pesta Keamatan ialah pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau).
9.            Ratu Cantik  melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.
10.          Bomoh untuk membuang kepanasan  dipanggil Bobohizan.

Agama dan kepercayaan kaum Murut
1.            mempercayai animisme
2.            Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.
3.            Percayai Aki Kopuno – kuasa yang mencipta segala-galanya.
4.            Bomoh mereka yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.

d)            Kesenian
1.            Tarian Sumazau oleh etnik Kadazandusun :
i.              ditarikan ketika pesta menuai, musim perayaan
ii.             disertakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik.
2.            Tarian Magunatip oleh etnik Murut :
i.              semasa majlis Hari Magavau iaitu memuja semangat padi.
ii.             diiringi pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri lelaki dan wanita yang 
                berpakaian tradisi.
iii.            Dua orang melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak 
                berganjak dari kedudukannya.
3.            Tarian Mangalang oleh etnik Murut
i.              ketika menyambut tetamu dari jauh, berpindah rumah dan hari Monggotom (Hari Pesta 
                Menuai Padi).
4.            Tarian Limbai oleh etnik Bajau.
5.            Alat muzik bumiputera diperbuat daripada buluh. Contoh alat muzik bas,  sompoton, 
               gabang, suling,  kulintangan, salun
6.            Pembinaan rumah panjang :
i.              tempat tinggal orang Murut dan Rungus.
ii.             dibuat daripada hasil hutan seperti buluh,
iii.            Hidup dalam sebuah keluarga yang besar.
iv.           Ketua penghubung  pemerintah – rakyat.
7.            Mahir membuat barangan kraftangan.
 Kegiatan ekonomi
a)            Sara diri
1.            Pertanian, pungut hasil hutan, pungut hasil laut dan tangkap ikan.
2.            Pertanian kekal dan pertanian pindah.
3.            Pertanian pindah – tanaman padi huma di kaki bukit, petani berpindah selepas dua 
               atau tiga tahun untuk mencari tempat baru.
4.            Pertanian kekal seperti padi sawah – tertumpu di kalangan Kadazandusun di lembah 
                pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran
5,            Orang Murut memungut hasil hutan
6.            Melayu-Brunei, Suluk &Bajau -pungut hasil laut
7.            Orang Bajau – penyelam & kutip hasil laut
8.            Tangkap ikan- penduduk di persisiran pantai
9.            Orang Bajau – nelayan.
10           Gua Gomantong di Sandakan – pengeluar sarang burung utk dieksport ke China.
11           Sarang burung berwarna putih dan sarang burung berwarna coklat. Sarang burung 
               berwarna putih lebih berkhasiat.
13           Untuk dapatkan sarang burung, pemungut guna tangga atau panjat dinding yang tinggi 
             dengan menggunakan buluh.
b)            Perdagangan
1.            Bertukar barang/ berjual beli di Pasar Tamu.
2.            Berkumpul menjual hasil keluaran mereka.
3.            Orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk perdagangkan hasil laut dan beras.
4.            Kadazandusun & Murut  perdagangkan hasil hutan.
5.            Perdagangan  secara tukar barang.
6.            Barangan ditukar – damar, getah perca, bahan getah, lilin lebah, rotan, sumbu badak, 
              manik, dan barang-barang makanan.
7.            Pasar Tamu eratkan hubungan antara etnik dan wujudkan semangat muhibah

BAB 10 : SARAWAK

Latar belakang sejarah Sarawak
1.            Nama berasal nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.
2.            Kewujudan manusia dijumpai kira-kira 40 ribu tahun dahulu.
3.            Buktinya ialah :
i.              tinggalan tembikar
ii.             kapak, pisau daripada batu
iii.            lukisan yang diconteng pada dinding gua.
4.            Negeri terawal diduduki oleh manusia.
Pertalian Sarawak dengan Kesultanan Brunei dan Sulu.
1.            Ditadbir Kesultanan Brunei sejak abad 15.
2.            Bahagikan Sarawak kepada  unit jajahan.
3.            Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa 
              autonomi.
4.            Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap.
5.            Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.
Masyarakat Sarawak
1.            Terbahagi mengikut kawasan penempatan :
i.              persisiran pantai
ii.             lembah sungai
iii.            pedalaman dan tanah tinggi.
2.            Kawasan paling padat penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di barat 
               Kuching dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
3.            Corak penempatan & taburan penduduknya berselerak menyebabkan mereka 
              kurang berhubung dengan orang luar.
(a)          Masyarakat  di persisiran pantai.
1.            Orang Melayu duduki kawasan Kuching, Simanggang,  Sibu,  Mukah, Oya,  
               Saribas dan Tanjung Datu.
2.            Orang Melanau duduki Lembah Utara Rajang,  Mukah,  Oya dan  Bintulu.
b)            Masyarakat di Lembah sungai.
1.            Orang Iban tinggal di kawasan Sungai Saribas,  Sungai Skrang,  Sungai Batang
             Lupar dan  Sungai Rajang.
2.            Orang Bidayuh tinggal di Singgai,  Sadong, Sungai Kayan.
3.            Orang Kenyah tinggal di kawasan Batang Baram,  Ulu Batang,  Rajah,  Balui.
c)      Masyarakat di pedalaman.
1.            Orang Kelabit  tinggal di kawasan Lembah Terusan, Sungai Baram.
2.            Orang Penan menduduki kawasan Hutan Baram dan  Sungai Rajang.
3.            Orang Murut menduduki kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di 
               kawasan Sungai Trusan dan Limbang.
Kegiatan sosiobudaya
a)            Pendidikan.
1.            Penduduk bumiputera menerima pendidikan tidak formal dan formal.
2.            Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan yang berkaitan amalan dan 
                kepercayaan turun-temurun seperti cara berburu dan pungut hasil hutan.
3.            Pendidikan formal berkaitan agama yang dijalankan di masjid dan sekolah 
                agama.
4.            Pendidikan agama Islam – membaca al-Quran dan menulis jawi diajar kepada 
              etnik yang beragama Islam.
5.            Pendidikan berkaitan hukum Islam seperti  cara melaksanakan ibadat diajar oleh 
                guru al-Quran, imam dan lebai.
b)            Peraturan dan adat resam.
1.            Bagi masyarakat beragama Islam cara hidup dan adatnya berasaskan ajaran 
               Islam.
2.            Bagi masyarakat bukan Islam, cara hidup berasaskan warisan turun-temurun
3.            Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah – bertanggungjawab 
                menjaga keselamatan dan keamanan.
4.            Tuai rumah selesaikan masalah  perkahwinan, perceraian, peraturan dan 
              perayaan.
5.            Dua upacara  ditentukan oleh tuai rumah :
i.              tarikh Hari Gawai (pesta menuai)
ii.             tarikh perayaan ‘Beranyi’.
6.            Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yg dipanggil 
               tajau.
7.            Tajau diwarisi turun-temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati.
8.            Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.
9.            Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah  menindik telinga dan menggantung gelang-
              gelang timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut.
10.          Menindik telinga gambarkan kecantikan.
11.          Jenis anting-anting yang digunakan akan menggambarkan status yang berbeza.
12.          Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah  – amalan melukis tatu pada badan.
13.          Orang Melayu Sarawak amalkan peraturan adat resam berasaskan agama Islam.
14.          Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu masih tinggal di rumah panjang.
15.          Rumah panjang spt sebuah perkampungan.
16.          Tuai rumah menjaga keamanan anak buah.
c)            Kebudayaan.
1.            Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.
2.            Ciri-ciri perayaan Kaul :
i.              Menjamu ipok yang mengawal laut.
ii.             Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, 
                selamat ketika di laut dan mengelakkan penyakit.
iii.            Serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan 
               dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
iv.           Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok.
3.            Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai). :
i.              Jenis Hari Gawai – Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan 
                Gawai Antu
ii.             Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi.
4.            Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang. :
i.              Hanya kaum lelaki yang menari.
ii.             Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.
iii.            meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.
d)            Agama dan kepercayaan.
1.            Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya – amalkan kepercayaan 
             animisme.
2.            Orang Melanau yang bukan beragama Islam  percaya makhluk ghaib yang 
             dipanggil ipok.
3              Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad :
i.              Amalkan hidup berpindah – randah,  apabila berlakunya kematian.
ii.             Dilarang menetap kekal di suatu tempat.
iii.            Dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.
4              Kepercayaan orang Iban :
i.              Apabila membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah 
                yang ingin didirikan rumah perlu disemah terlebih dahulu.
ii.             Percaya kepada petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung 
               beragai.
iii.            Bunyi burung – dikatakan petanda mereka tidak boleh mendirikan rumah 
                 di kawasan itu.
(5)          Kegiatan ekonomi
a)            Sara diri.
1.            Menyara hidup dengan :
i.              menanam padi huma atau padi bukit
ii.             jadi nelayan,
iii.            pungut hasil hutan
iv.           berniaga kecil-kecilan.
2.            Orang Iban, Murut, Kenyah dan Kayan di kawasan pedalaman menanam padi, 
               berburu dan memungut hasil hutan.
3.            Orang Penan di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang – berburu binatang 
               dengan menggunakan sumpitan.
4.            Pekerjaaan orang Melayu :
i.              menanam padi sawah dan kelapa
ii.             peniaga kecil-kecilan
iii.            orang tengah dalam perniagaan.
5.            Kegiatan ekonomi orang Melanau :
i.              menanam padi sawah
ii.             menjadi nelayan.
6.            Kegiatan ekonomi orang Bidayuh :
i.              menanam padi huma
ii.             jadi peladang.
7.            Kegiatan ekonomi orang Kelabit :
i.              menanam padi sawah
ii.             berburu
iii.            pungut hasil hutan.
8.            Penduduk di pedalaman -pungut hasil hutan
b)            Pertanian
1.            Padi huma ditanam di tempat tinggal etnik Iban, Bidayuh dan orang Ulu.
2.            Padi sawah ditanam oleh orang Kelabit. Terkenal dengan beras jenis bario.
3.            Sagu diusahakan oleh orang Melanau, :
i.              Sagu ini tumbuh di kawasan berpaya
ii.             Selepas 10 tahun sagu boleh ditebang
iii.            Ripo (isi dalam sagu) dikeluarkan, dijemur hingga kering
iv.           Diproses sebelum dijadikan tepung sagu yang dikenali sebagai lemantak.
4.            Sarawak terkenal sebagai pengeksport sagu.
5.            Lada hitam oleh Kedayan dan Murut
6.            Sarawak  pengeksport lada hitam.
c)            Perlombongan
1.            Antimoni dan emas  bahan galian terpenting
2.            Awalnya ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.
3.            Kaum Bidayuh – kaum aktif dalam kedua-dua perlombongan
4.            Orang Cina di Bau, Paku dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas.
d)            Perdagangan
1.            Kesultanan Melayu Melaka pernah menjalin hubungan perdagangan dengan 
              Sarawak.
2.            Barangan Sarawak – lada hitam, halia, kapur barus, sarang burung,  emas, 
              permata, ikan
3.           Sarawak dikunjungi pedagang Cina utk  dapatkan lada hitam, kapur barus,  emas, 
               kayu cendana,  sumbu badak,  telur penyu.
4.            Pedagang Cina menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di 
               Santubong.
5.            Pedagang  Cina, Arab, India dan Kepulauan Melayu membawa barangan 
             tembikar, sutera,  barang logam, kain, barang perhiasan