Thursday 17 May 2012

BAB 9 : WARISAN KESULTANAH MELAYU 2

Kegiatan ekonomi di negeri Melayu
a)            Pertanian
 Tanaman seperti padi, sayur-sayuran
 Pertanian berhampiran sungai – tanahnya subur dan mudah dapat sumber air.
 Kawasan delta Sungai Kedah dan Kelantan – kawasan utama tanaman padi sawah.
  Peralatan pertanian – tajak,  cangkul, bajak,  tenggala, penggelek, penyisir, pencakar, 
 sabit, ketam padi dan kuku kambing.
 Kerbau – membajak kawasan tanaman padi.
 Petani membina empangan. Contohnya Terusan Wan Mat Saman di Kedah.
b)            Perikanan
Mahir membuat peralatan perikanan seperti serkap,  tangguk, bubu, tanggul.
 Hasil tangkapan diperdagangkan.
Lebihan hasil dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok.
c)            Kraf tangan
 Memanfaatkan sumber semula jadi seperti daun mengkuang, daun pandan, dan nipah.
Sumber semula jadi dijadikan tikar, bakul
Menenun songket dan hasilkan seni tekat.
 Membuat senjata seperti keris.
Hasilkan perhiasan daripada emas dan perak.
d)            Perlombongan
Kaya dgn bijih timah & emas.
 Melombong kerja tradisi orang Melayu.
Bijih timah terdapat di :
i.              Lembah Kinta
ii.             Larut
iii.            Dinding dan Beruas di Perak
iv.           Sungai Linggi  & Sungai Ujong
v.            Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang di Selangor.
 Emas  di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Guna kaedah mendulang atau melampan dan lombong Siam.
Logam bijih timah dijadikan bahan dagangan, mata wang dan perkakas rumah.
 Emas dan perak – buat barang perhiasan.
e)            Sistem percukaian
Cukai – bayaran hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan.
Cukai menjadi pendapatan pemerintah.
Sungai – tempat  memungut cukai.
Cukai labuh batu  – cukai yang dipungut di tempat tertentu di sepanjang sungai.
Jika cukai dipungut di kuala sungai – dikenali cukai bebas kuala.
Cukai dikenakan ke atas barang dagangan yang dibawa masuk melalui pelabuhan.
Cukai kepala – cukai kepada rakyat untuk membuat bunga emas (ufti). Diamalkan di 
 Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Cukai tanaman  – cukai dikenakan jika mengeluarkan hasil yang banyak.
Cukai – lambang kekuasaan  pembesar
f)             Sistem serah dan kerah
 Diamalkan olah masyarakat Melayu.
Sistem serah – pemberian hasil tanaman  kepada pemerintah
 Balasan  kepada pembesar yang sediakan tanah.
Kadar dan nilai serahan bergantung kepada hasil tanaman yang diperoleh.
Kerah – kerja yang dibuat tanpa diberi upah, misalnya membina istana, kubu.
g)            Perdagangan
Perdagangan -  jual beli dan tukar barang.
Sultan dan pembesar menjadi pemodal.
Sultan memonopoli kegiatan perdagangan
Perdagangan – secara berjaja di pasar atau di luar kawasan pasar.
Pusat perdagangan – di pelabuhan seperti  Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama.
Kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan dikenali  meramu.
h) Tukar barang dan penggunaan mata wang
1.            Sistem perdagangan tukar barang (barter) .
2.            Kulit siput geweng & siput gerus – mata wang.
3.            Kemudian guna mata wang logam daripada bijih timah dan emas.
4.            Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka.
5.            Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis 
               serta jokoh digunakan.
6.            Johor – mata wang emas mas dan kupang.
7.            Kelantan – wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis.
8.            Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak – mata wang jongkong tampang 
              atau timah
9.            Di Selangor – jongkong timah (tampang sebuaya)
10.          Di Kedah- matawang berbentuk ayam jantan.

i)             Timbangan, sukatan dan ukuran
1.            Timbangan – ukur berat sesuatu barangan.
2.            Alat dacing dan pikul
3.            Barangan ditimbang – emas,  perak,  bijih timah,
4.            Sukatan mengukur isipadu sesuatu benda.
5.            Alat yang digunakan – kaul,  cupak, gantang
6.            Barang yang disukat – beras, bijih timah,  rempah,
7.            Di Kedah, unit relung mengukur keluasan tanah
8.            Ukuran anggota badan – sejengkal, sehasta.
9.         Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampung dengan kampung lain berdasarkan 
           tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepelaung, setanak 
           nasi

j)             Pengangkutan
1.            Jenis pengangkutan air – jalur, kolek,  perahu,
2.            Denai penarikan :
i.              perahu ditarik untuk sampai ke sungai
ii.             hubungkan  Pahang dengan Melaka.
iii.            masa perjalanan menjadi singkat.
3.            Gajah, kerbau,  lembu – mengangkut barangan.
4.            Sungai menjadi jalan pengangkutan utama

(5)          Sosiobudaya
1.            Dibahagikan beberapa lapisan sosial dan hierarki kedudukan.
2.            Kedudukan individu berubah melalui 2 cara.
i.              taraf sedia – pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.
ii.             taraf pencapaian – berubah ke lapisan lebih tinggi kerana kebolehan istimewa 
                atau khidmat baktinya kepada pemerintah.

a)            Struktur masyarakat golongan pemerintah
1.            Kumpulan pemerintah terdiri daripada :
i.              raja atau sultan
ii.             keluarga dan kaum kerabatnya
iii.            pembesar
iv.           Ulama
v.            pendeta.
2.            Sistem penggantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri Melayu yang lain
3.            Perak menggunakan sistem giliran.
4.            Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.
5.            Kerabat diraja jadi pembesar didaerah/raja di jajahan.
6.            Golongan pembesar (pentadbir) :
i.              bantu sultan.
ii.             Arah rakyat melakukan kerja awam
iii.            Jawatan pembesar disandang secara monarki dan dilantik sendiri oleh raja atau 
                sultan.
iv.           Contohnya: jawatan Laksamana oleh keluarga Hang Tuah.
7.            Kumpulan ulama :
i.              ulama tempatan dan luar negeri.
ii.             bantu  mendidik rakyat berakhlak mulia.
iii.            menjadi penasihat raja
iv.           sebagai guru agama, kadi atau imam.
8.            Golongan pendeta :
i.              pakar dalam ilmu pengetahuan.
ii.             mahir bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan, dan adat istiadat 
                Melayu.
iii.            menjadi pakar rujuk sultan & masyarakat.
b)            Struktur masyarakat golongan diperintah
1.            Golongan diperintah terdiri daripada :
i.              golongan merdeheka
ii.             hamba
2.            Golongan merdeheka – rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing.
3.            Rakyat biasa menjadi pedagang, petani, tukang ukir, pembuat senjata, penghibur raja, 
                 pelakon sandiwara,  pawang, bomoh.
3.            Rakyat asing menjadi askar upahan,  pedagang dan pelombong.
4.            Golongan hamba – paling bawah sekali.
5.            Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
6.            Hamba buat kerja pertanian, perlombongan dan pertahanan.
c) Gaya hidup golongan bangsawan
1.            Gaya hidup raja – diamalkan di istana
2.            Gaya hidup pembesar -  di luar istana.
3.            Golongan bangsawan terdiri daripada raja, kaum kerabat dan pembesar
4.            Golongan bangsawan amalkan adat-istiadat, bahasa dan cara berpakaian yang 
               tersendiri.
5.            Dalam upacara pertabalan sultan Melaka :
i.              Bendahara duduk berhampiran singgahsana.
ii.             Laksamana dan Sri Bija Diraja bawa pedagang kerajaan.
6.            Alat-alat kebesaran dibawa bersama – keris panjang,  cogan, tepak, ketur,  tempat 
               bara dan kitab al-Quran.
7.            Dalam upacara kemangkatan raja :
i.              Jenazah baginda akan disempurnakan mengikut hukum agama Islam.
ii.             Bendera kuning akan diturunkan dan diganti dengan bendera putih.
iii.            Tembakan meriam akan dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat.
iv.           Upacara perlantikan raja yang baru
8.            Dalam upacara menjunjung duli :
i.              dilakukan oleh pembesar sebagai tanda taat setia.
ii.             dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.
iii.            Semasa menghadap raja, menggunakan istilah patik dan tuanku.
iv.           Dilarang menggunakan bahasa dalam
v.            Mestilah bertanjak, berpancung dan kerisnya hendaklah diselitkan di hadapan.
vi.           Orang yang menghadap dilarang memakai kain nipis yang dipanggil kasa.
9.            Upacara menyambut tetamu atau utusan :
i.              sambutan dibuat berdasarkan kedudukan negara utusan sama ada setaraf atau 
             tidak
ii.             Jika taraf negara lebih rendah , maka alat kebesaran dan peralatan sambutan 
                kurang berbanding dengan negara setaraf.
10.          Dari segi pakaian diraja, pakaian diraja – dibuat guna emas dan dihiasi  permata.
11.          Alat perhiasan  – pending, dokoh, benkung dan keris.
12.          Gaya hidup bangsawan melambangkan status lebih tinggi serta membezakannya 
             dengan rakyat biasa.
d)            Gaya hidup golongan rakyat
1.            Diamalkan di luar istana.
2.            Nilai murni seperti gotong-royong.
3.            Di utara Sem. Malaysia, amalan gotong royong dinamakan berderau atau berseraya.
4.            Amalan menghormati jiran :
i.              Jiran dianggap keluarga terdekat.
ii.             Menghormati jiran
5.            Menghormati orang lebih tua :
i.              dipanggil pangkat seperti pak long, pak ngah dan pak lang.
ii.             mencium tangan orang yang lebih tua.
iii.            membongkokkan badan dan berjalan dengan tertib di hadapan atau belakang 
                orang yang lebih tua.
6.            Amalan budaya ziarah-menziarahi. :
i.              Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah.
ii.             Tuan rumah mempersilakan tetamu masuk, lalu dihamparkan tikar
iii.            Tepak sirih disorongkan dan makan minum dihidangkan.
iv.           Sebelum makan, mereka membasuh tangan dan membaca doa, tangan kanan 
              digunakan untuk menyuap makanan.
v.            Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana dianggap tidak sopan.
7.            Amalan mementingkan perpaduan, tolong-menolong
e)            Kegiatan masa lapang
1.            Bangsawan dan rakyat- aktiviti seperti bermain sepak raga,  catur, senjata, bersilat, 
               menunggang kuda.
2.            Di istana raja, golongan penghibur seperti :
i.              tukang cerita
ii.             penyair
iii.            Penyanyi
iv.           ahli muzik
3.            Muzik dan tarian yang dipersembahkan – tarian Asyik dan tarian Mak Yong.
4.            Rakyat mengisi masa lapang dengan bermain layang-layang, bermain gasing,  
               bersilat, bercerita, berpantun
5.            Aktiviti masa lapang memupuk persefahaman dan menajamkan fikiran.
f)             Karya persuratan
1.            Karya persuratan -  melalui tulisan jawi.
2.            Karya persuratan ialah bidang agama seperti fikah, usuluddin,
3.            Karya lain seperti karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah,
4.            Contoh karya – Misa Melayu, Sejarah Melayu,  Syair Sultan Ahmad Tajiddin,  Nazam 
               Kamzul la,  Tuhfat al-Nafis dan  Kitab al-Darr al Manzum.
5.            Karya persuratan-tambah ilmu pengetahuan.
g)            Sastera lisan
1.            Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti 
               gendang
2.            Sastera lisan  memberi hiburan dan memberi nasihat.
3.            Antara sastera lisan :
i.              cerita penglipur lara seperti Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman dan 
              Hikayat Anggun Cik Tunggal
ii.             cerita jenaka – Lebai Malang, Pak Kaduk, dan Si Luncai.
iii.            cerita binatang – Sang Kancil dan Harimau, Pelanduk dan Buaya, serta Kura-kura 
              dan Arnab.
iv.           cerita dongeng -  Puteri Sa’dong, Tasik Dayang Bunting, dan Cik Siti Wan 
              Kembang.
h)            Kesenian rakyat
1.            Antara kesenian rakyat – kesenian muzik, seni tari,  seni suara,  seni ukir,  seni 
               bina,seni mempertahankan diri.
2.            Kegiatan seni mempamerkan bakat dan nilai mutu seni yang tinggi.
3.            Kegiatan seni berkumpulan membentuk masyarakat bersatu padu.
4.            Seni muzik  – Hadrah, gamelan, rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan  gong.
5.            Seni tari – joget, inang, zapin, kuda kepang, asyik.
6.            Seni suara atau lagu – endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak, nazam, marhaban,  
              nasyid
7.            Seni bina :
i.              Rumah orang Melayu berbumbung panjang, bertebar layer dan tidak berpaku.
ii.             Rotan atau akar untuk mengikat persendian, bahagian dalaman rumah dihiasi 
                 ukiran bermotif alam semula jadi.
iii.            Reka bentuk dipengaruhi unsur luar.(Di Negeri Sembilan-  pengaruh rumah 
                Minangkabau.  Di Kelantan, Terengganu dan Pahang – pengaruh seni bina Siam 
                dan Majapahit.)
iv.           Orang Melayu Johor mendapat pengaruh reka bentuk Belanda.
8.            Seni ukir orang Melayu :
i.              bijak mengukir tembaga,
ii.             memahat dan mengukir pintu
iii.            membuat mimbar masjid.
iv.           Ukiran – corak ukiran timbul, terbenam dan tembus.
v.            Tema ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.
9.            Seni tekat :
i.              popular dikalangan Melayu.
ii.             guna kain baldu untuk dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas 
                yang berbentuk bunga serta pohon.
iii.            Contoh:kipas,bantal & balutan tepak sirih
iv.           terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
10.          Tenunan :
i.              tiga jenis iaitu  tenunan biasa, benang ikat celup dan songket.
ii.             Corak tenunan berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri.
11.          Seni mempertahankan diri dan bermain senjata :
i.              rakyat  mendisiplinkan dirinya
ii.             ketahanan diri menghadapi musuh.
i)             Adat resam
1.            Adat perkahwinan. :
i.              Merisik – mengetahui gadis sudah berpunya atau tidak, cincin tanda  diberi 
                sebagai tanda setuju.
ii.             Meminang – di mana pihak lelaki menghantar rombongan peminangan dengan 
                bawa cincin
iii.            Tarikh akad nikah & majlis perkahwinan
iv.           Majlis akad nikah – diadakan di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh 
              juru nikah.
v.            Majlis perkahwinan – pengantin bersanding di atas pelamin.
2.            Adat  menyambut bayi. :
i.              Selepas seminggu bayi dilahirkan
ii.             Kenduri dan upacara cukur jambul iaitu mencukur rambut bayi dilakukan sebagai 
               tanda bersyukur kepada Allah Taala.
iii.            Diadakan  bacaan berzanji dan marhaban.
iv.           Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.
3.  Adat Berkhatan :
i.              Bagi kanak-kanak lelaki yang telah baligh (cukup umur)
ii.             Dilakukan beramai-ramai
iii.            Kanak-kanak lelaki akan dimandikan dan diarak mengelilingi kampung.
iv.           Upacara berkhatan oleh Tuk Mudim.
j)             Pendidikan
1.            Pendidikan tidak formal :
i.              kanak-kanak mempelajari pantang-larang, adat-istiadat dan adab sopan dari ibu 
                bapa/ orang dewasa
ii.             dipelajari secara tidak langsung.
iii.            Melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.
iv.           Berkesan kepada kanak-kanak.
v.            Kemahiran pertukangan
vi.           Ilmu perubatan tradisional.
vii.          Kemahiran melalui pemerhatian kanak-kanak sendiri.
viii.         Seni mempertahankan diri.
ix.           Kemahiran  diwarisi
2.            Pendidikan formal :
i.              Berkembang selepas kedatangan Islam
ii.             Pelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, 
                 rukun Islam
iii.            Diadakan di istana, masjid, pondok, madrasah, surau dan rumah guru agama.
iv.           Ada melanjutkan pelajaran agama  ke Makkah.
3.  Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, 
     bertatasusila dan berhemah tinggi.
(6) Rumusan
1.  Berbangga dengan warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.  Harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
3.  Harus mengamalkan budaya kekitaan
4.  Meneruskan dan mempertahankan identiti bangsa.

No comments:

Post a Comment