Thursday 17 May 2012

BAB 9: WARISAN KESULTANAH MELAYU

(1)          Sistem pemerintahan negeri Melayu
a)            Pentadbiran peringkat negeri
1.            Sultan  lambang kedaulatan negeri.
2.            Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan
3.            Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.
4.            Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan.
5.            Unsur kukuhkan kedaulatan sultan – kecemerlangan, keunggulan peribadi dan 
                 kepahlawanan sultan.
6.            Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar.
7.            Kedaulatan diperkukuh dengan alat kebesaran.
8.            Cap mohor diraja  – alat kebesaran – mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi 
                 kerajaan.
9.            Alat kebesaran lain – tengkolok atau destar.
10.           Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat.
11.           Warna kuning pada hiasan.
12.           Payung putih dikhaskan kepada raja.
13.           Payung kuning digunakan oleh anak raja.
14.          Nobat – alat muzik diraja dalam upacara :
i.              pertabalan raja,
ii.             kemangkatan raja dan kerabatnya.
iii.            keberangkatan raja ke balairung seri.
15.          Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong,  nafiri, serunai, dua gendang besar 
              (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
16.          Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap.
17.          Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam.
18.          Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
19.           Rakyat yang engkar dianggap derhaka.
20.           Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.
b)            Pentadbiran peringkat jajahan & daerah
1.            Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
2.            Pembesar dilantik terus oleh sultan.
3.            Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
4.            Pembesar taat pada sultan.
5.            Tugas utama pembesar jajahan dan daerah :
i.              jaga keamanan negeri.
ii.             pertahankan kedaulatan negeri.
iii.            serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.
iv.           sediakan tenaga kerja.
c)            Pentadbiran peringkat kampung
1.            Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu) :
i.              pungut cukai.
ii.             bekalkan tenaga tentera.
iii.            kekalkan taat setia masyarakat kampung.
iv.           perantara pembesar dan rakyat jelata.
2.            Pemimpin kampung  lain -  golongan agama.
3              Tugas golongan agama :
i.              penasihat sultan, kadi, mufti
ii.             berdakwah,
iii.            kendalikan pengajian agama
iv.           hasilkan karya agama.
v.            menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.
4.            Golongan magis :
i.              seperti bomoh dan pawang
ii.             mahir di bidang perubatan.
iii.            berkebolehan menyembuhkan penyakit.
iv.           mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
v.            menjadi pemimpin masyarakat kampung.
(2)  Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung
1.            Berasal dari Sumatera.
2.            Datuk Perpatih Nan Sebatang  mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong,  
               Sumatera.
3.            Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu 
               dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.
4.            Datuk Ketemenggungan – asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.
5.            Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang 
               datang ke Melaka.
6.            Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Naning dan Negeri 
                Sembilan.
7.            Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua 
                 adat.
b)            Sistem pemerintahan  Negeri Sembilan.
1.            Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar.
2.            Peranan sama dengan peranan raja Melayu.
3.            Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
4.            Empat luak diperintah oleh Undang  iaitu Sungai Ujong,  Jelebu,  Johol dan  Rembau
5.            Luak lain diperintah oleh Penghulu.
6.            Tugas Undang – memilih Yamtuan Besar.
7.            Lembaga ialah ketua suku atau waris.
8.            Peranan Lembaga :
i.              pilih Undang.
ii.             jaga keselamatan dan keamanan.
iii.            selesaikan pertelingkahan antara suku.
iv.           kendalikan pembahagian harta pusaka.
v.            perantara anggota sukunya dengan Undang.
9.            Buapak ialah ketua Perut
10.          Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
11.          Buapak-tempat rujukan adat dan hukum.
12.          Hidup bersuku-suku
13.          Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
14.          Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :
i.              Anak Buah memilih Buapak
ii.             Buapak  memilih Lembaga.
iii.            Lembaga  memilih Undang.
iv.           Undang  memilih Yamtuan Besar.
15.          Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
16.          Mempunyai alat kebesaran diraja
(3)          Undang-undang adat
1.            Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2.            Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
1.            Pemerintahan bercorak autokratik.
2.            Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
3.            Peranan sultan :
i.              ketua pentadbir
ii.             ketua agama
iii.            simbol kedaulatan
iv.           perpaduan rakyat.
4.            Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.
5.            Lelaki menjadi ketua keluarga.
6.            Nasab keturunan – sebelah bapa.
7.            Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8.            Pembahagian harta pusaka – anak lelaki
9.            Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10.          Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.
b)            Adat Perpatih
1.            Menekankan demokrasi dan permuafakatan.
2.            Setiap suku mempunyai wakil
3.            Keputusan dibuat bersama.
4.            Yamtuan Besar  berunding dengan Undang
5.            Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
6.            Nasab keturunan  – sebelah ibu.
7.            Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8.            Perwarisan harta – sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan 
                suku.
9.            Hukuman bertujuan untuk pemulihan.
10.          Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.
(4)          Undang-undang bertulis
1.            Himpunan peraturan, larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis.
(a)          Hukum Kanun Melaka
1.            Dokumen undang-undang
2.            Mengandungi 44 fasal.
3.            Menggariskan hak dan keistimewaan raja
4.            Menggariskan peranan  raja dan pembesar.
5.            Mengandungi unsur Islam – berkaitan jenayah, muamalah, keluarga
(b) Undang-undang Laut Melaka
1.            Peraturan pelayaran & perdagangan.
2.            Antara kandungannya :
i.              tugas pengawal kapal.
ii.             Langkah keselamatan dalam kapal.
iii.            Tugas anak-anak kapal.
iv.           Penyewaan kapal dagang.
3.            Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.
(c)           Undang-undang Pahang
1.            Digubal masa Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin
2.            Kandungan :
i.              Adat lembaga negeri,keistimewaan raja & pembesar
ii.             Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina
iii.            Undang-undang awam.
d)            Undang-undang 99 Perak
1.            Berasal daripada Parsi.
2.            Digunakan di Perak
3.            Terkandung 99 kesalahan dan hukuman.
4.            Kandungannya ialah :
i.              Syarat memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi.
ii.             Peraturan adat menghadap & lantik raja.
iii.            Hukuman jenayah, undang dan pertanian.
iv.           Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan zina.
e)            Undang-undang Kedah
       Terbahagi :
i.              undang-undang pelabuhan seperti cukai,
ii.             peraturan keselamatan pelabuhan
iii.            peraturan timbangan dan ukuran.

No comments:

Post a Comment